Wednesday, March 4, 2015

Pendaftaran CIDB



Ada masalah nak buat pendaftaran dengan CIDB?  Nak tahu dokumen apa yang nak kene submit ke CIDB?  Berapa lama tempoh proses pendaftaran dengan CIDB?  Semuanya pasal CIDB?  Haha..Relax..

Ok, saya pernah buat pendaftaran ni dan nak share sedikit info pasal CIDB ni.

Secara amnya, CIDB adalah organisasi yang memberikan perkhidmatan kepada kontraktor untuk
1.       Berdaftar dengan persatuan kontraktor tempatan bagi mendapatkan lessen serta tender2 kerajaan mengikut kesesuaian perniagaan syarikat
2.       Salah satu channel bagi perlindungan insurance yang diperuntukan oleh kerajaan terutamanya pekerja yang bekerja di tapak pembinaan atau lawatan tapak
3.      CIDB selaku organisasi yang memberikan pengiktirafan yang bertauliah kepada syarikat untuk melaksanakan kerja-kerja

Jadi, sebagai permulaan, syarikat adalah diminta untuk membuat permohonan bagi mendapatkan
1.       PPK (Perakuan Pendaftaran Kontraktor)-online dan manual
- Pendaftaran Kad Hijau (Kakitangan terutamanya bahagian teknikal)
2.       Penilaian Score
3.       SPKK (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan)
4.       Levi

Proses pendaftaran ini selalunya memakan masa yang agak lama.  Jadi, adalah disarankan supaya
1.       syarikat perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dengan lengkap bagi mempercepatkan lagi proses pendaftaran ini.
2.       Sediakan duit yuran proses untuk mengelakkan permohonan anda tidak diproses dalam tempoh yang ditetapkan. 
3.       Adalah digalakkan anda untuk membuat serahan tangan kepada cawangan CIDB yang berdekatan bagi memudahkan anda membuat semakkan permohonan

Sekiranya anda memerlukan sebarang penerangan lanjut, bolehlah melayari laman web CIDB (www.cidb.gov.my)  online registration (smb.cidb.gov.my) dan sekiranya syarikat berminat untuk mendapatkan bantuan bagi pendaftaran ni, boleh juga emelkan kepada saya gjacunjea@gmail.com

terima kasih..


No comments:

Post a Comment