masih lagi aku simpan gambar dan kenangan kau wahai lelaki..bukan niat ingin kau kembali ke dalam hidup aku..cuma nak buat aku sedar yang aku pernah bercinta dengan seorang lelaki..rasa cinta tu masih lagi aku simpan hingga ke saat ini dan tak mampu aku luahkan kerana perbezaan status kita saat ini..aku selalu mendoakan kau bahagia disamping insan yang menyerikan kehidupan kau kini walaupun hati aku menderita..terima kasih kerana pernah hadirkan perasaan cinta kedalam hati aku...percayalah..sesungguhnya aku perlu buktikan lakonan aku yang sudah lupakan kau, untuk menyelamatkan keadaan..keadaan kau yang telah mempunyai tanggungjawab dan keadaan aku yang masih lagi dibawah tanggunjawab...percaturan hidup aku yang kian terumbang ambing bagai tak mampu aku selamatkan lagi..dan mungkin juga boleh aku simpulkan bahawa segalanya musnah dan aku tergapai diambang tekanan yang begitu menyesakkan..mungkin kau tak pernah tahu apa yang aku hadapi saat ini..cuma yang mampu aku luahkan supaya engkau bahagia dan jangan pernah toleh kebelakang kerana aku tak nak aku lihat wajahku lagi..terlalu menderita...

No comments:
Post a Comment