Wednesday, March 11, 2015

masih lagi aku dan dia

masih lagi aku simpan gambar dan kenangan kau wahai lelaki..bukan niat ingin kau kembali ke dalam hidup aku..cuma nak buat aku sedar yang aku pernah bercinta dengan seorang lelaki..rasa cinta tu masih lagi aku simpan hingga ke saat ini dan tak mampu aku luahkan kerana perbezaan status kita saat ini..aku selalu mendoakan kau bahagia disamping insan yang menyerikan kehidupan kau kini walaupun hati aku menderita..terima kasih kerana pernah hadirkan perasaan cinta kedalam hati aku...percayalah..sesungguhnya aku perlu buktikan lakonan aku yang sudah lupakan kau, untuk menyelamatkan keadaan..keadaan kau yang telah mempunyai tanggungjawab dan keadaan aku yang masih lagi dibawah tanggunjawab...percaturan hidup aku yang kian terumbang ambing bagai tak mampu aku selamatkan lagi..dan mungkin juga boleh aku simpulkan bahawa segalanya musnah dan aku tergapai diambang tekanan yang begitu menyesakkan..mungkin kau tak pernah tahu apa yang aku hadapi saat ini..cuma yang mampu aku luahkan supaya engkau bahagia dan jangan pernah toleh kebelakang kerana aku tak nak aku lihat wajahku lagi..terlalu menderita...

Wednesday, March 4, 2015

Pendaftaran CIDB



Ada masalah nak buat pendaftaran dengan CIDB?  Nak tahu dokumen apa yang nak kene submit ke CIDB?  Berapa lama tempoh proses pendaftaran dengan CIDB?  Semuanya pasal CIDB?  Haha..Relax..

Ok, saya pernah buat pendaftaran ni dan nak share sedikit info pasal CIDB ni.

Secara amnya, CIDB adalah organisasi yang memberikan perkhidmatan kepada kontraktor untuk
1.       Berdaftar dengan persatuan kontraktor tempatan bagi mendapatkan lessen serta tender2 kerajaan mengikut kesesuaian perniagaan syarikat
2.       Salah satu channel bagi perlindungan insurance yang diperuntukan oleh kerajaan terutamanya pekerja yang bekerja di tapak pembinaan atau lawatan tapak
3.      CIDB selaku organisasi yang memberikan pengiktirafan yang bertauliah kepada syarikat untuk melaksanakan kerja-kerja

Jadi, sebagai permulaan, syarikat adalah diminta untuk membuat permohonan bagi mendapatkan
1.       PPK (Perakuan Pendaftaran Kontraktor)-online dan manual
- Pendaftaran Kad Hijau (Kakitangan terutamanya bahagian teknikal)
2.       Penilaian Score
3.       SPKK (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan)
4.       Levi

Proses pendaftaran ini selalunya memakan masa yang agak lama.  Jadi, adalah disarankan supaya
1.       syarikat perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dengan lengkap bagi mempercepatkan lagi proses pendaftaran ini.
2.       Sediakan duit yuran proses untuk mengelakkan permohonan anda tidak diproses dalam tempoh yang ditetapkan. 
3.       Adalah digalakkan anda untuk membuat serahan tangan kepada cawangan CIDB yang berdekatan bagi memudahkan anda membuat semakkan permohonan

Sekiranya anda memerlukan sebarang penerangan lanjut, bolehlah melayari laman web CIDB (www.cidb.gov.my)  online registration (smb.cidb.gov.my) dan sekiranya syarikat berminat untuk mendapatkan bantuan bagi pendaftaran ni, boleh juga emelkan kepada saya gjacunjea@gmail.com

terima kasih..


Diriku Sebagai Pegawai Proses

terlalu lama rasanya tak update blog ni..mungkin sibuk pasal kerja kot..haha..kerja la sangat..

ok, mula2 nak bagi briefing sikit experience hampir 3 tahun lebih bekerja terutamanya task on registration and application for licensing and etc..



Perempuan sebagai pegawai pendaftaran?  Haha.  Janganlah rasa pelik sangat.  Semua orang boleh buat pendaftaran dengan mana2 organisasi tak kira lelaki ke perempuan ke pondan ke janji korang boleh buat. Haha.

Sebagai PIC untuk pendaftaran, diantara perkara2 yang perlu diambil kira sebelum pendaftaran dilakukan adalah :

1.       TUJUAN/MATLAMAT mengapa pendaftaran perlu dilakukan?
2.       Apakah MANFAAT/KELEBIHAN/FAEDAH kepada pendaftar  (anda/syarikat/etc)?
3.       Apakah JENIS pendaftaran yang bersesuaian yang perlu didaftar?
4.       Apakah PROSEDUR/CARA pendaftaran perlu dilakukan?

dan lain2 perkara yang berkaitan...

Untuk permulaan, aku start dengan pendaftaran dengan CIDB. bolehlah rujuk next post..tq..